Author Archive

Harap Maklum. Trus Klik Ads Akoo. Koh3x!

Comments No Comments »

Sendat nye Diri KAU!!!

Miss Sandha and Mr. Shafik…Sandha Shafik…Shafik Sanda…Fasha Sandha Datuk Shafik. Ehh..sedap la nama nie ! Baguslah jika mereka nak kahwin. Itu yang lebih baik dari keluar pagi…keluar malam….keluar negeri tapi tak kahwin juga. Jadi jika mereka nak kahwin kita mesti sokong. Jika Bloggers tugas kita menulis memberitahu perkara-perkara yang benar dan berfaedah kepada masyarakat. Artis pula tugas mereka menyanyi, berlakon, bercinta, kahwin dan cerai. Jarang kita lihat rumah tangga mereka kekal lama. Jika saya Datuk Syafik, saya akan kahwin 4 orang serentak. Senang satu kereta 5 orang. Belakang 3 depan seorang. Jika tak tahu nak kawal rujuk pada abang Mohamed Nor Awang, Terengganu.

Boleh diterima jika STACY juara AF6.

Tetapi betul dan lojikkah jika NADIA tempat terakhir sekali iaitu tempat ke-5? Padanlah Pulau Batu putih terlepas ke Singapore sebab rakyat Malaysia ‘Bengong’ tidak tahu membuat penilaian yang sebenar? Jika kita undi mengikut ‘kualiti’ tetapi jangan mengikut emosi tentunya Nadia sekurangnya berada ditempat ke-2 bukan terakhir sekali. Samalah dengan kes Pulau Batu putih. Jika mengikut hukum sejarah dan Geography ia adalah hak kedaulatan Johor/Malaysia kerana kedudukannya cuma 7.7 batu nautika, berbanding 25 batu nautika dari Singapore. Tetapi kenapa Nadia tempat kelima…tempat terakhir? Kerana Nadia tidak ada ‘kekuatan’ SMS

Si Pron Nk Amek Tindakan
Wahhh, terlebey sudey. Selepas enjoy2 giler, br nk rasa sedey. bila family da taw ttg kejahilan hidup br hidup xtenteram. masa dj tiesto dok men disc ske je kan. Apekah manusia ini. uhuk2… tadaaa..

crdt: SU-KJ @ penyokong KJ dan akoo sndri! koh3x

Comments No Comments »

A message to all Malaysians. Whoever you are. Wherever you may be.

Unity is the responsibility of each and all of us. Believe in it. Work at it. Don’t let the voice of the divisive deceive us, drive a wedge between us. Push back the enemies. Push back the lies. Push back the racist, the bigot, the corrupt who are bent in breaking us up.

i applaud Malaysian Artistes For Unity. i applaud their belief, their work. i applaud their sacrifice. Let it be an example for all Malaysians to follow. Let us fall in … one by one. To know more about Malaysian Artistes For Unity, you can go to their website site here.

Comments 2 Comments »

Akoo tensen btol dengan biznes sms skang nie. ade la yg monsun biz la, ape benda la semua2 tue. yg teraniaya golongan kacak macam akoo la. asyik kena sepam inbox je. nk wat biznez jgn la kaco rumah tangge orang. katakan akoo da kawen, mesti kecoh je bini akoo dok potpet2 akoo mendapat sms LIAR. haha. sengal x hengat. nie akoo taip blk pebenda sms sengal tue. bukan sms xxx, seks, porn, tp lebey kurang laa…

HI. Hantar On JUNE ke 36660 untuk Hot Movie Clip Collection ku yang canggih sekarang. from: June. No Tel: +60172519049.

Haram jadeh punye company. dulu2 akoo igt brapa byk crdt akoo kena telan. padahal akoo xbuat ape2. mengong neh. hurm. akoo nk berkongsi citer kat bawah sempena tajuk “Mari Pron Bersame Saya” tajaan bro botak aka bad. huahuahua.

Whats the Max Speed for Sex?


One day Ahbeng and his frend eat full ledi waiting for shit to come …. sit down tok kok n sing song . Then suddenly Ahbeng mia frend Ahock asked this question ….

Ahock : Eh … what is the fastest speed for sex ever recorded ar? Guiness book or rekod got say anot?
Ahbeng : Diu! that one no nid refer Guiness book of world rekod I also know the answer la!
Ahock : Ah?? Sure boh? you abit gong gong lidt suddenly so cleber one meh?
Ahbeng : farkiu la! I not gong kia ok? this is call pretend pig eat tiger u no?!!
Ahock : ok la ok la … then u tell me what is the fastest speed for sex ever recorded la!
Ahbeng : Aiyo this one very easy la! Its 68km/h lor!
Ahock : Har? apasal 68km/h? why not 100km/h? 200km/h?
Ahbeng Niahma! say u no sexperience u dun briff! MAx speed for sex is 68km/h oni la! when u reach 69 then u kena turn around ledi!
Ahock : Wuahahahahahaha!!!! Farkiu la!

xkan citer je. apekate layan gmbr pron akoo skalik. haha. jgn teruja. Hot1, Hot2.hehe. x sangke gmbr akoo pun leh pron ngan pompuan. wakakaka. gmbr2 nie leh dptkan kat cni je. Hot Face. weip. akoo rase akoo nk tulis jugak la pasal chetdet, politic, manchestey semua. satu post satu hari. sok gwe update. kalo gwe rase teruja, hari nie jugak akoo sepam inbox korunk. tataaaa.

Comments No Comments »

AKHBAR New Straits Times hari ini bertanya: Will Pulau Batu Puteh be adjudged ours? (Adakah Pulau Batu Puteh akan diputuskan sebagai milik kita?”). Soalan yang serupa pasti bermain di fikiran banyak rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sangat mengambil berat dan cukup emosional mengenai isu wilayah dan kedaulatan.Mengakui hakikat ini dan dengan hasrat agar mereka melihat dan mendengar sendiri berita yang mendebarkan itu, stesen televisyen milik negara, RTM1 akan menyiarkan secara langsung penghakiman oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mulai pukul 4 petang esok (Jumaat). Bernama memetik Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek sebagai berkata siaran langsung dari The Hague, Belanda itu akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti prosiding kes berkenaan melalui kaca mata Malaysia. Dalam posting bertajuk “Pulau Batu Puteh: Siapa Lebih Bersedia?” dalam blog ini pada 23 November tahun lalu, saya, antara lain, mengulas:

“Sekiranya Malaysia menang perbicaraan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di bandar raya The Hague, Belanda, bagi mendapatkan Pulau Batu Puteh, puji-pujian yang melimpah luah pastinyalah akan diberikan kepada perwakilan negara.

“Tetapi seandainya Malaysia gagal, pasti ada orang dan pihak yang akan berkata ia adalah kehendak takdir maka kita terima sahajalah. Menyalahkan takdir sudah menjadi amalan ramai pembesar di Malaysia. Tanah runtuh, salahkan takdir, bangunan runtuh, salahkan takdir, mayat bergelimpangan di jalan raya, salahkan takdir.”

Ahmad Shabery mengaku bahawa banyak rakyat Johor begitu memandang berat peristiwa ini sehingga ada yang mengadakan doa selamat dan sembahyang hajat agar keputusan kes itu memihak kepada Malaysia. Bagaimanapun, kata beliau, Malaysia dan Singapura telah berjanji akan akur kepada keputusan ICJ dan pihak yang menang tidak akan mengadakan sebarang sambutan kemenangan. Abdul Kadir Mohamad, Penasihat Hal Ehwal Luar Negara kepada Perdana Menteri, yang hadir di majlis taklimat itu berkata Malaysia ingin mempamerkan kepada dunia bahawa ia sebuah negara yang patuh kepada undang-undang dan akan menerima sebarang keputusan ICJ sebagai suatu keputusan muktamad. Katanya bagi Malaysia, kes Pulau Batu Puteh lebih merupakan “isu rakyat”, tetapi bagi Singapura, ia lebih merupakan “isu kerajaan”. Saya harap kenyataan Abdul Kadir itu tidak membawa maksud bahawa Kerajaan Malaysia tidak seserius Kerajaan Singapura menangani masalah ini atau rakyat Malaysia lebih serius daripada Kerajaan Malaysia. Pada pandangan saya, Kerajaan Malaysia perlu lebih peka kepada sentimen dan reaksi rakyat jelata kita daripada Kerajaan Singapura kerana rakyat Malaysia lebih proaktif, lebih tinggi kesedaran politiknya dan lebih bebas membuat pilihan. Sebaliknya, walaupun rakyat Singapura terkenal dengan sifat “kiasu” (takut kalah dalam dialek Hokkian) namun mereka tidak begitu terbuka dalam menyatakan pendapat dan memperlihatkan emosi. Lagipun, manakala Kerajaan Malaysia baru sahaja diberikan tamparan hebat oleh pengundi pada pilihan raya 8 Mac lalu, Kerajaan Singapura boleh “goyang kaki” kerana pembangkang sangat lemah di republik pulau itu. Dalam posting 23 November itu juga, saya membuat pemerhatian berikut:

“Kalau Malaysia menang dan kemenangan itu disebabkan pencapaian perwakilannya, maka pastilah ada orang akan mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia mempunyai kemampuan minda yang hebat dan superior. Mengapa saya berkata begitu? Kerana dari sudut perwakilan, Singapura jelas mengemukakan sebuah pasukan peringkat tinggi yang cukup hebat.

Manakala kita hanya menghantar perwakilan peringkat pegawai.Pasukan Singapura, mengikut laporan media, diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh.Mereka disokong pula oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.

Manakala pasukan Malaysia dikepalai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura. Umum tentu tahu apa yang terjadi kepada rundingan berkenaan – projek di wilayah Malaysia sendiri terpaksa dibatalkan kerana kononnya ditentang dan diancam oleh Singapura!

Abdul Kadir dibantu oleh Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin dan Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan disokong oleh panel perundangan antarabangsa terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.”

Apa pun kesudahannya, kita tidak perlu menunggu lama lagi. Hanya sehari lagi kita akan tahu sama ada Pulau Batu Puteh akan kembali menjadi hak milik kita “selagi ada bulan dan matahari” atau ia akan kekal dalam pendudukan Singapura.

Penulis merupakan A.Kadir Jasin

Comments No Comments »